30.1.15

Bubur Cinta

Hilang tenaga hilang kudrat
Peneman hatiku kurang sehat
Bubur cinta buat pengubat
Moga cepat kembali hebat.

Safar

Dari Karak hingga Janubi
Hinggap Syimali dengan teksi
Safar tenang dengan isteri
Moga umrah jadi realiti.

Cekal Hati

Tanjung jati seberang sana
Teluk hati dijeti budi
Jiwa cekal hati perkasa
Kelak syurga ianya pasti.

Mangkat Raja Saudi

Sedih jelata perginya raja
Tiba masa mangkat jua
Istana megah takkan dibawa
Tanah batu asas pusara
Amal dibawa disulam pahala
Moga ampun segala dosa
Selamatlah dikau wahai penjaga
Memayungi negara mewarisi takhta.

Sakit Perut

Indah mawar pada kembang
Kembang mekar pagi hari
Terbaring hamba malam siang
Mohon doa buat diri.

Buat Tuan Guru

Dari dasar timbulnya mutiara
Harga mahal tidak terkira
Doakan tuan guru kita
Agar sembuh dan bertenaga.

Buat Arwah Abang Khairun Nasirin

Dari seberang ingin pulang
Hajat tercapai hati girang
Kaseh Tuhan Maha Penyayang
Budi baik takkan hilang.
Indah takwa semai jasa
Lena dibuai bayu pusara
Akhlak dihitung tidak terkira
Moga dirahmati Maha Esa
Lenyap jasad tidaknya pekerti
Kenangan terpateri dalam sanubari
Untung angan cita tertinggi
Berjiran bersama Baginda Nabi (SAW).

Salju Kian Pergi

Henti awan bergerak tari
Burung terbang melihat rezeki
Pancar terik hangat mentari
Tanda salju kian pergi
Lorong basah penuh lecak
Ais hancur tinggal selerak
Kadang insan jatuh tercampak
Dibantu dengan tawa gelak
Hilang ribut hilang kelam
Berita gempar esok dawam
Ulang pelajaran sampai malam
Ceria tumpang koster awam
Tanda salju kian pergi
Menanti bunga munculkan diri
Mohon doa untuk kami
Kerana nihaie ada lagi.

Bahana K-Pop

Perisai malu kian menipis
Adat budaya giat dihakis
Mahu sahaja mereka kugilis
Bertepuk tangan terlompat iblis.

Mujahadah Salji

Angin garang menampar pipi
Marhaen beratur membekal roti
Petanda dekat turunnya salji
Moga kita mujahadah studi.

Genap Setahun Pemergianmu

Bondaku,
Sudah sepurnama engkau pergi
Tinggal aku bongsu sendiri
Rindu hati tidak terperi
Ingin berharap dikau kembali
Ibuku,
Maseh terkenang memori lalu
Saat kita bersama dulu
Erat tangan mengharung liku
Dimarah ditegur aku membisu
Ummiku,
Kita pernah saling menangis
Petang hari saat gerimis
Kisah terpencil tidak laris
Pengalaman pahit sangat menghiris
Mamaku,
Moga dikau tenang di sana
Doaku hantar sepanjang masa
Dunia asing moganya syurga
Hari anakanda bakal tiba
Al-Fatihah buat ibu,
Hajjah Barkeh bt. Shikh Sa'id.

Sekelumit Rindu

Alam gelita kembali ceria
Kelahiran Baginda disambut gembira
Insan terpilih keturunan mulia
Yang terpuji Muhammad namanya
Akhlak mulia disanjung tinggi
Sifat molek tentunya dihormati
Pemikiran bijak disulam berani
Karakter wajib pada Nabi
Hadirmu sungguh rahmat alam
Disaat umat dilanda kelam
Terbit cahaya tenggelamnya zulam
Hamba merdeka terhapus muram
Umat bersengketa saling mencela
Mencari kebenaran disalut ternama
Andai Baginda masehnya ada
Pasti Rasul sangatlah duka
Rindu kami akan wajahmu
Pilihlah kami senarai syafaatmu
Beribu tahun sudah berlalu
Moga syurga tempat bertemu.

Seberang Sana

Merentas lelah segenap daerah,
Dari Mu'tah terhinggap Aqobah, 
Hati panas nan marah, 
Seberang sana Israel laknatullah.