23.3.12

Iman Perkasa Atau Nafsu Raksasa?

Baru-baru ini,dalam perjalanan pulang dari masjid ke asrama setelah selesai solat berjemaah,saya bersembang dengan seorang rakan yang juga mempunyai niat yang sama.Ketika melalui asrama banat,saya bertanya kepada beliau,secara jujurnya adakah lelaki atau banin mempunyai hasrat untuk mengintai banat,akan tetapi ianya tidak dilakukan,cuma niatnya ada di dalam hati,beliau mengiakan,niat di hati tidak lagi atau belum lagi menggambarkan tindakan yang dizahirkan kerana ianya belum dilahirkan.Tidak hairan bagi saya kerana golongan sebeginilah yang sentiasa mengikuti hawa nafsu,apakan tidak,gejala sosial kini meledak ledak walaupun ianya sering tertimbus dengan isu-isu politik yang kotor dan menjelikkan.Namun saya menyoal beliau kembali,bagaimana pula dengan isu-isu bercouple dan menonton video yang mendedahkan aurat,beliau terfikir sejenak.Adakah lintasan hati yang diiakan tadi kini bertukar pula dengan penzahiran maksiat yang jelas akan tetapi ianya berjenis glamour dan persendirian,saya cuba menghangatkan perbincangan kami.

Saya cuba memberikan analogi yang lebih selamat untuk difikirkan dan dibayangkan dalam benak kepala,kita sering lihat para pelajar menjual pelbagai jenis barangan dan makanan di lobi mahupun di hadapan bilik mereka,bekas duit hanya diletakkan begitu sahaja untuk memudahkan proses transaksi,tetapi ajaibnya,jarang-jarang duit-duit yang berkepuk di dalam bekas itu dicuri ataupun dipinjam oleh manusia lain.Iman huffaz perkasa? Saya akui ianya merupakan satu biah yang baik di mana kelihatan kami tidak mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa keizinan.Beliau sekali lagi mengiakan tindakan mulia para huffaz.Nah,lalu saya khabarkan bagaiman reaksi beliau apabila mendengar kes-kes kecurian di tempat yang sama,namun kali ini ianya melibatkan wang ratusan ringgit,bukan lagi kepukan wang berwarna biru (baca : RM 1,bukan RM50),dan syiling-syiling.Tampaknya rakan saya kembali berfikir sejenak.

Apa yang saya cuba fikirkan,renungi dan hadami,bahawa kini,sesetengah manusia tidak lagi melakukan maksiat atau dosa yang biasa-biasa darjatnya,akan tetapi segala-galanya ingin dilakukan dengan skala yang besar.Kita mampu kagumi orang tidak mencuri nilai yang kecil,akan tetapi kita bingungi mereka mendapatkan jumlah yang besar.Seakan-akan nilai yang kecil dipandang sepi dan tidak mampu memuaskan nafsu mereka.Namun pendapat yang diketengahkan ini tidaklah menafikan jasa sesetengah lagi yang sememangnya menjadi golongan muslim yang baik dan membaikkan orang lain yang berada di sekeliling lalu membentuk biah yang baik.Jika keadaan seperti yang dianalogikan di atas,berlaku di bumi huffaz,di luar bagaimana pula? Saya tidak ingin bersangka buruk dengan dunia luar,akan tetapi saya lebih mengambil berat kilang golongan agamawan yang akan keluar di hadapan masyarakat untuk melaksanakan amanah menyampaikan ilmu.Berapa ramaikah yang benar-benar berkualiti dan istiqomah menjaga iman dan amal mereka?

Hawa nafsu sememangnya sentiasa mengajak kita untuk melakukan kemaksiatan dan dosa-dosa,namu n usaha ia tidak berhenti di situ,seperti yang disebutkan di atas.Dosa yang dicapai perbuataanya harus ditingkatkan skalanya,hatta syurga dan neraka juga mempunyai tingkatannya,apatah lagi entiti atau item yang menjurus kemasukan kita ke dalam salah satu di antara syurga dan neraka.Usahlah difikir golongan agamawan kesemuanya mencium bau syurga kerana kita seharusnya lebih berjaga-jaga dan terus berjaga. Sebagai intiha,ayuh kita renungi dan muhasabah semula diri kita,sejauh mana pandangan kita terhadap skala-skala maksiat dan dosa agar kita tidak termasuk dalam golongan yang suka memandang enteng dosa dan pahala.