3.9.11

Nafsu Nafsuku

Nafsu mengejar iman
Iman selamat jasad selamat
Nafsu mengekang iman
Iman selamat jasad selamat
Sukar merentas lurah dan lembah
Dipenuhi duri nafsu
Yang menguasai nafas engkau
Zaman sekarang bukan zaman indah
Dipenuhi kotoran dosa
Berlongkang-longkang terpalit bahu
Pekatnya nafsu kita
Jangan ingat mudah
Nafsu jahat lebih baik
Daripada nafsu pura-pura baik
Nafsu nakal mengemudi pemuda
Pemuda bakal mewarisi negara
Boleh hancur dunia kerananya
Kerana nafsu dan pemuda
Nafsu lebih suka huffaz
Entah tidak tahu mengapa
Barangkali huffaz pemuda *perkasa
Nafsu tetap nafsu
Hebat orang dahulu kala
Bukan berjaya kawal nafsu
Bahkan berjaya membunuhnya
Seribu analogi telah diberikan
Nafsu tetap nafsu selamanya
Tanpa evolusi dan revolusi
Nafsu dalam alir darahmu
Takkan putus selagi nafasmu berhembus
Aku sangat geram denganmu nafsuku
Aku takkan menunggumu pergi
Aku perlu terus pikul amanah
Karna amanah lebih berat darimu,nafsuku!

No comments:

Post a Comment