Nafsu mengejar iman
Iman selamat jasad selamat
Nafsu mengekang iman
Iman selamat jasad selamat
Sukar merentas lurah dan lembah
Dipenuhi duri nafsu
Yang menguasai nafas engkau
Zaman sekarang bukan zaman indah
Dipenuhi kotoran dosa
Berlongkang-longkang terpalit bahu
Pekatnya nafsu kita
Jangan ingat mudah
Nafsu jahat lebih baik
Daripada nafsu pura-pura baik
Nafsu nakal mengemudi pemuda
Pemuda bakal mewarisi negara
Boleh hancur dunia kerananya
Kerana nafsu dan pemuda
Nafsu lebih suka huffaz
Entah tidak tahu mengapa
Barangkali huffaz pemuda *perkasa
Nafsu tetap nafsu
Hebat orang dahulu kala
Bukan berjaya kawal nafsu
Bahkan berjaya membunuhnya
Seribu analogi telah diberikan
Nafsu tetap nafsu selamanya
Tanpa evolusi dan revolusi
Nafsu dalam alir darahmu
Takkan putus selagi nafasmu berhembus
Aku sangat geram denganmu nafsuku
Aku takkan menunggumu pergi
Aku perlu terus pikul amanah
Karna amanah lebih berat darimu,nafsuku!
3.9.11
Akukah Lepasannya?
Bukan mencari terbit kertas
Atau layakan dakwat dan manusia
Tapi ku tercengang sejenak
Akukah lepasan Ramadhan?
Apakan tidak
Semakin ku menghampiri fitrah
Semakin ku mencium jahiliyyah
Sungguh pekat harumannya
Hinggakan ku gelisah resah
Menatap helaian media murahan
Ajal maut adanya saja
Menjengah tak kira usia
Sama ada di jalan mahupun kediaman
Peduli sebentar dunia,mari kita
Berdua denganNya,fikirkan
Akukah lepasan Ramadhan?
Istiqomah bangga dengan kejahatan
Kelakuanku kiranya tak terjaga
Mata memandang melata-lata
*Mathsurat tak ku baca-baca
Tapi
Terseyum pura mengharap syurga dan redhaNya
Kasihan manusia tidak sedar
Sedang diganti Islam hidayah suci
Datang dari genap pelusuk Eropah dan Barat
Islam dasar faham dan jentikan Ilahi
Bukan Islam warisan keturunan
Terus bertanya
Akukah lepasan Ramadhan?
Dosa selalu mendahului pahala
Tapi hati memikirkan sudah baju raya
Alahai kasihan manusia
Inikah dia lepasan Ramadhan?
Atau layakan dakwat dan manusia
Tapi ku tercengang sejenak
Akukah lepasan Ramadhan?
Apakan tidak
Semakin ku menghampiri fitrah
Semakin ku mencium jahiliyyah
Sungguh pekat harumannya
Hinggakan ku gelisah resah
Menatap helaian media murahan
Ajal maut adanya saja
Menjengah tak kira usia
Sama ada di jalan mahupun kediaman
Peduli sebentar dunia,mari kita
Berdua denganNya,fikirkan
Akukah lepasan Ramadhan?
Istiqomah bangga dengan kejahatan
Kelakuanku kiranya tak terjaga
Mata memandang melata-lata
*Mathsurat tak ku baca-baca
Tapi
Terseyum pura mengharap syurga dan redhaNya
Kasihan manusia tidak sedar
Sedang diganti Islam hidayah suci
Datang dari genap pelusuk Eropah dan Barat
Islam dasar faham dan jentikan Ilahi
Bukan Islam warisan keturunan
Terus bertanya
Akukah lepasan Ramadhan?
Dosa selalu mendahului pahala
Tapi hati memikirkan sudah baju raya
Alahai kasihan manusia
Inikah dia lepasan Ramadhan?
Teman
Ku sedar dan segar
Diselit bukan wajah bukan duka
Teman tatapanku pulang ke halaman
Berlalu pergi dengan tekanan
Meninggalkan jasa terdesaknya
Mungkin yang terakhir pada asasnya
Mungkin yang berakhir pada tandanya
Mungkin yang serik pada ku harapnya
Teman,aku tidak pandai sekali
Tapi teman
Aku bodoh berkali-kali
Bukan mudah berteman denganku
Bisakan tidak,aku tak pernah
Tak pernah berteman sepanjang Islamku
Teman,maafkan aku teman maafkanlah
Aku tenggelam dalam kebodohan
Kasih bayangan tipuan cuma tipuan
Aku kira cukup kadar ini
Aku tak ingin sakiti sesiapa lagi
Tak ingin mencarik kepala sesiapa
Sesiapun lagi tak ingin ku robek
Robek ukhuwwahku robeklah temanku
Biarkan dia maafkanku,lepaslah nafasku
Aku kira cukup kadar ini
Cukup aku meyusahkan temanku
Temanku susah kerana aku?sudah tentu
Selepas sudah,cukup kadar ini
Biarkan hati temanku ku simpan semula
Ku serik keluarkannya disalah guna
Aku sudah tidak berteman selepas ini
Siapa temanku pasti sakit teman denganku
Maafkan aku *teman,aku akan simpan semula hati temanku,aku akan kembali kepada sisi-sisi gelap
Diselit bukan wajah bukan duka
Teman tatapanku pulang ke halaman
Berlalu pergi dengan tekanan
Meninggalkan jasa terdesaknya
Mungkin yang terakhir pada asasnya
Mungkin yang berakhir pada tandanya
Mungkin yang serik pada ku harapnya
Teman,aku tidak pandai sekali
Tapi teman
Aku bodoh berkali-kali
Bukan mudah berteman denganku
Bisakan tidak,aku tak pernah
Tak pernah berteman sepanjang Islamku
Teman,maafkan aku teman maafkanlah
Aku tenggelam dalam kebodohan
Kasih bayangan tipuan cuma tipuan
Aku kira cukup kadar ini
Aku tak ingin sakiti sesiapa lagi
Tak ingin mencarik kepala sesiapa
Sesiapun lagi tak ingin ku robek
Robek ukhuwwahku robeklah temanku
Biarkan dia maafkanku,lepaslah nafasku
Aku kira cukup kadar ini
Cukup aku meyusahkan temanku
Temanku susah kerana aku?sudah tentu
Selepas sudah,cukup kadar ini
Biarkan hati temanku ku simpan semula
Ku serik keluarkannya disalah guna
Aku sudah tidak berteman selepas ini
Siapa temanku pasti sakit teman denganku
Maafkan aku *teman,aku akan simpan semula hati temanku,aku akan kembali kepada sisi-sisi gelap
26.5.11
Getus Hati
Selesa Merasuk Engkau
Minda kita terleka
Minda kita terlena
Minda kita terpana
Minda kita ternoda
Kalimah itu datang menjengah
Mencari kelibat sang huffaz
Tatkala kalimah mula menyergah
Selesa menghinggap sang huffaz
Selesa sungguh sang huffaz
Hebat sungguh sang huffaz
Berani sungguh sang huffaz
Pemimpin sungguh sang huffaz
Manakan tidak suaranya merdu
Mengalahkan bulan buluh perindu
Ilmu di otak bersimpang siur
Lidah tajam mencela satu persatu
Sedarlah wahai penanggung kalam
Fikirkanlah wahai penanggung kalam
Caknalah wahai penanggung kalam
Bangkitlah wahai penanggung kalam
Umat ditindas kita menculas
Ulama membisu kita berlagu
Islam dihenyak kita terleka
Nabi disindir kita berleter
Wahai huffaz,jangan merasa selesa
Sang pencatit setia meninta
Setiap derap langkahmu,hela nafasmu
Gerak geri sendimu,keselesaanmu
Datang malaikat menuntut sesuatu
Apakan tidak,huffaz!
Selesa sungguh datang menyinggap
Membiarkan masyarakat penuh songsang
Tanpa ada pembimbing yang jelas
Huffaz,fikir sejenak
Menitis sebentar air matamu
Mengoreksi diri,mencari Ilahi
Temukan tidak,atau siulan budak-budak
Pandai mengampu,pernah menipu
Tidak mampu,berhujah musuh
Musuh bangga dengan hujahnya
Engkau masih meraba cahaya
5.5.11
Badai ' Comfortable Zone' Mahasiswa
Mata saya pantas melirik laju setiap artikel yang dikarang oleh pelbagai mahasiswa.Meneliti dan menatap segala program dan aktiviti yang dijalankan serta dilalui oleh mereka mulai mengundang minat.Apakan tidak,tindak tanduk mereka melambangkan status semasa yang disandang,mahasiswa! Sungguh hebat gelarannya yang disandangnya,ditambah pula dengan "maha".Menyantuni sebentar Kamus Dewan Edisi Keempat,meneliti maksud maha,ianya bermaksud tertinggi atau teramat,Hebatkah kita? Saya pernah terbaca beberapa artikel siswa lepasan Darul Quran,beliau merasakan begitu malu untuk menggunakan perkataan mahasiswa dek realiti yang berlaku sekarang.
Saya yakin kalian pasti sudah masak dan lali dengan perangai mahasiswa pada hari ini.Dari lagak sombongnya sehinggalah tabiat membuang masanya.Sedangkan mahasiswa di negara lain sedang bertungkus lumus dan berhempas pulas mencari penyelesaian dalam konteks bagaimana hendak mengatur situasi dunia dari aspek ekonomi,alam sekitar,masyarakat dan sebagainya,kita pula asyik sibuk mengunyah akhbar yang dirasakan agak membosankan jika tidak ada berita ‘gembira’ tentang pembuangan bayi.Kami prihatin!Diganti pula dengan berita-berita lucah dan fitnah,alahai.
Aduh! sangatlah ‘maha’siswa kita. Menjadi juara di atas pentas selesa,tanpa bergulat secara total dalam menangani masalah masyarakat.Saya tertarik dengan ungkapan yang diluahkan oleh Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah rah. di dalam bukunya “Pesan-pesan Spritual”,beliau berbicara “Manusia yang paling bermanfaat bagimu ialah manusia yang mementingkan dirimu daripada dirinya sehinggau engkau dapat menanam kebajikan dan melakukan makruf kepadanya”.Janganlah kita menjadikan ungkapan mahasiswa menjadi sekadar cuma ungkapan kebanggaan,tanpa berpijak pada bumi yang nyata.Ah! retorik semuanya,ataukah kalian terasa pedih menikam dengan ancaman sebegini rupa.Tidak mengapa,saya berlapang dada untuk menerima sebarang kritikan yang membina.
Namun saya tidak berniat ingin menikam sesiapa,sekadar lontaran muhasabah yang kadang-kadang ianya perlu pedas dan berbisa agar meresap di dalam benak fikiran dan dada.Seusai bertikam,solusi tampil menawarkan diri.Mahasiswa pada hari ini perlu lebih cakna terhadap isu-isu semasa,menambahkan bahan bacaan,berpartisipasi dalam pelbagai program dan sebagainya.Tidak dinafikan di antara para mahasiswa yang masih keliru membeku fikirannya mengenai kepentingan untuk sama-sama bercakna terhadap sebarang permasalahan dan perselisihan besar yang timbul.Mereka sekadar setia menatap helaian-helaian suci Kalamullah tanpa niat yang tulus untuk menginterpretasi makna-makna yang terkandung di dalamnya seribu macam hikmah.Hanya ingin merasa selesa sepanjang masa tanpa cuba untuk memerah keringat dan otak daripada bekerja demi agama.Yang sedar akan kepentingannya tidak boleh menghukum,bahkan menjadi beban pikul untuk sama-sama menyedarkan dan menarik tangan yang lain.
Terkadang manusia keliru antara yang benar dengan yang batil.Kadangkala sisi gelap perlu dirasai barulah sisi cahaya datang menyantuni.Terkadang manusia merasakan diri mereka lebih hebat daripada yang lain.Kadangkala diri ini juga merasa hina dek kerana dosa yang sentiasa membelenggu diri.Kendatipun begitu,rahmat Allah sentiasa mengiringi orang yang ingin berubah ke arah jalan yang lurus tiada simpang siurnya.Mana mungkin umur yang dijalani mahu dihabiskan begitu sahaja.Pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan dengan penuh perasaan tanggungjawab dan bermanfaat.Perasaan selesa mahasiswa mampu mengundang pelbagai masalah yang kian realistik dengan peristiwa akhir zaman
Tangan masih ligat menaip.Ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan.Namun kerana bahan bacaan yang kurang bermutu,malas,culas,kurang ambil tahu hal dunia luar dan natijahnya.hasil tulisan yang dihasilkan tidak dapat menyentuh sanubari pembaca.Rata-rata masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk memilih bahan bacaan yang kurang bermutu atau picisan.Saya cuba meneliti ungkapan sejarawan Rom,Plinius yang berbunyi “Sejelik manapun sebuah buku,pasti ada manfaatnya”.Apabila direnungi semula maksud ungkapan tersebut,saya berpendapat bahawa apabila sesebuah buku (bahan bacaan) itu sudah jelik atau tidak bagus,sudah tentu kita dapat menyedari sejak awal melihat kulit buku tersebut.Memanglah pepatah bahasa Inggeris ada menyebut ‘Don’t judge a book by its cover’,tetapi saya cuba memandang dari sudut yang berbeza.Apakah sesuatu buku yang kulitnya tidak menarik mampu menarik membaca membelek helaian demi helaian sehingga habis? Jika orangnya berfikiran tinggi,pasti dia terus membelinya dek dahaga akan ilmu pengetahuan.Amanah yang ditanggung sememangnya banyak,semakin hari semakin bertambah.
Sudah tentu manusia tidak mampu menanggungnya seharian tanpa bantuan orang di sekeliling.Gunung ganang sudah menolaknya,manusia dengan bangga datang menawarkan diri.Nafsu sibuk menduga diri,namu tiada siapa tahu akan isi hati ini.Sekadar membaca bacaan Islamik tanpa usaha yang berterusan sudah tentu mengundang kekalahan yang besar dalam menghadapi arus gelojak syahwat dan sebagainya.Berasa cemburu terhadap orang yang berada di sekeliling,manakan tidak.Tidak pernah menyentuh satu maksiat pun dalam hidup mereka.Ya Allah,bantulah kami semua dalam menghadapi segala dugaan hidup ini,berilah kami kekuatan untuk melawan kuasa nafsu yang seakan-akan hebat ini.Buat permulaan,sekadar inilah perkongsian saya yang lemah dan naif ini.Lontaran yang dikemukan di atas,harap saya semoga ianya dapat menjadi suatu anjakan pemikiran bagi diri saya sendiri dan kalian.Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)